siMolek : 1

9:54 PM Edit This 4 Comments »
Azhar menyelak lengan tangannya, rasa hati berdebar seketika apabila melihat jam tangannya, waktu menunjukan ke pukul sebelas malam, Azhar bergegas ingin pulang. Di capai kunci keretanya, namun hatinya rasa agak kurang tenang. Tidak mahu rasanya melintasi jambatan itu lagi...apakan daya itulah satu-satunya jalan penghubung menuju ke tempat kediamannya.

Di cekalkan jua dan bisikan hatinya memujuk, pasti tiada apa yang akan berlaku pada malam ini. Sambil memandu Azhar agak gelisah, sengaja di putar lagu agak kuat sedikit untuk mengelakkan rasa kegusaran.

Ingin dia menyumpah bossnya, tapi apakan daya sudah takdir beliau harus pulang lewat malam ini. Segala kertas kerja terpaksa di selesaikan pada malam itu juga...Azhar mengeluh...

"Hah....tidakkah boleh di tangguh untuk hari lain sahaja!" bisik hati Azhar...tapi beliau tetap diam...kehendak boss harus di tunaikan...walaupun hatinya mengerutu...

Cuaca agak sejuk, kabus meliputi hampir sebahagian jalan. Sukar untuk memandu dalam kegelapan malam yang berkabus.

"Ahhh! sial lah" betik hati Azhar...

Enjin kereta meragam...sesekali Azhar cuba menekan minyak, semakin itu juga kereta Azhar seakan mengelupur. Terpaksa Azhar memberhentikan keretanya di tepi jalan...

Azhar segera keluar, sambil sempat melihat keadaan sekeliling. Kabus mula menebal, siang tadi hujan sangat lebat. Agak payah melihat jalan. Sesekali sahaja ada kenderaaan yang melintas di jalan raya tersebut. laluan jalan ini memang jarang di lalui kenderaan lain. Azhar sudah rasa amat gelisah, Azhar ingin segera pulang akan tetapi keretanya pula sudah buat hal di tengah jalan...

Setelah cuba beberapa kali baru enjin mula menunjukkan tanda-tanda akan pulih seperti sediakala.

Secepat kilat Azhar kembali untuk memandu, sekilas itu Azhar terasa seakan deruan angin yang kuat menerjah ke arahnya.

"Ahhh!.." terkejut seketika dan segera Azhar teruskan memandu...

Mengerutu hati Azhar, kenapa malam nih seakan memukau terasa perjalanan sungguh lambat dari biasa...

"Ya Allah lindungi aku" bisik Azhar...berkumat-kamit Azhar membaca doa dan surah hampir sahaja tungang terbalik bacaannya.

Azhar sudah mula nampak jembatan yang akan di lalauinya itu...Azhar segera menekan minyak untuk melintasi dengan laju.

"Sayang..." sayup-sayup kedengaran suara wanita seakan memangil Azhar...di balik hembusan angin malam...

Secepat kilat Azhar tengok jam di lengannya...

"Shit!" Azhar rasa lemah seluruh badanya sudah menjelang tengah malam. Kalau tidak kerana kereta dia rosak tengah jalan tadi...pasti....

"Sayang....sayang pulangg....." sayu kedengaran suara itu....

4 comments:

Unknown said...

momi, kite suke layout nyer...kalau dpt itam putih ade calit2 merah, kunin/biru...chantekkkk....

neway...kita pon ade pasang niat nk buat cerita honlain (online kata org ipoh) tapi...like hot2 ciken shit jek.ahahah...see haw laaa..

Mademoiselle Cynicleopetra said...

jomlah adzra...kita kumpulkan semua geng2 yang berminat...jom jom ramai dah bersuara tau...jom jom!

lilRed Farah said...

mommmmmmmmmmyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!! bacani tgh malam!!!!! ni cerite hantu singapure hape???? tidaakk!!!

nak join the club...tp cam hot hot chiken gak...lama dah tak menulis...

Mademoiselle Cynicleopetra said...

marilah lilred kita sama kita jerr...happy2 hilangkan stress...best tak best lain citer..janji kita coba try test LOL